Sabtu, 26 November 2016

Rumah teres bersekuriti Ipoh untuk dijual

Rumah teres bersekuriti Ipoh untuk dijual.Rumah korner atau endlot  berpagar  teres untuk dijual di Pine Cove,Ipoh. Kediaman ini yang menarik reka bentuknya terletak di antara Silibin dan Jelapang.Hartanah ini mempunyai 5 bilik, 3 bilik air dan 3 ruang tamu. Hartanah ini juga disertakan dengan peralatan dapur moden.
Rumah ini depanya menghadap ke taman atau padang malah tepinya menghadap anak sungai yang indah. Hartanah ini telah juga diubahsuai dari hujung ke hujung serta dapur yang agak besar dinaik taraf juga telah dilakukan seperti pemegang tangga keluli tahan karat, plaster siling almari pakaian dan dapur kabinet. hartanah ini berada di cul de sac dan mempunyai pandangan sisi yang cantik dan pemandangan banjaran gunung Kledang.
 Anjung depan rumah ini dilindungi dan berjubin, taman telah dilandskap sepenuhnya dan ditanam dengan rumput. Hartanah ini berpagar dan dijaga dan dikendalikan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan penduduk.Sila hubungi agen eksklusif Gladwin Agilan di talian 012-5261000 untuk ketahui harga atau melawat rumah ini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan